Wednesday 30 March 2011

BIODATA PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM HAWA KINTA, PERAK


             Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Hawa Kinta, Ipoh (Hawa Kinta) mula beroperasi pada 1 Disember 1998 di atas nama yang lain. Hawa Kinta ini bertempat di JKR. No. 158/3, Jalan Taman Pari, Ipoh. Pengasas pada masa itu ialah Allahyarham Hj. Abdul Wahab B. Yeop Ariffin. Pada bulan 5, 2003 Hawa Kinta ini telah berpindah ke alamat No. 79, 80, 89 & 90, Jalan Sungai Pari, 30200 Ipoh, Perak. Iaitu bangunan 4 buah berkembar kuarters kerajaan. Hawa Kinta ini telah diterajui oleh anak Allahyarham Hj. Abdul Wahab B. Yeop Ariffin, iaitu En. Abdul Wahadi B. Hj. Abdul Wahab. Pada 30 Mei 2006 Hawa Kinta  ini telah berdaftar di Pendaftar Pertubuhan. No daftar Hawa Kinta ini ialah 0604-06-PRK. Hawa Kinta ini juga adalah ahli gabongan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM).

Pada masa ini anak-anak yatim  didalam kelolaan dan jagaan Hawa Kinta ini adalah seramai 18 orang iaitu 9 lelaki dan 9 perempuan Mereka terdiri daripada usia 10 tahun sehingga 24 tahun. Kategori anak-anak yang didalam penjagaan Hawa Kinta buat masa ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim dan keluarga yang tidak berkemampuan. Kemasukan anak-anak yatim ke dalam Hawa Kinta ini tidak di kenakan sebarang bayaran dan ditanggung sepenuhnya oleh Hawa Kinta. Ahli Jawatan Kuasa di dalam Hawa Kinta ini adalah seramai 8 orang dan 5 orang lagi adalah bekerja secara sukarela. Pekerja tetap Hawa Kinta ini pula seramai 4 orang yang di bayar elaun setiap bulan.  

            Kebanyakan anak-anak yatim ini bersekolah di sekolah rendah dan menengah yang berdekatan dengan asrama. Cara anak-anak yatim pergi sekolah adalah dengan berjalan kaki bagi sekolah yang berdekatan, manakala pula bagi anak-anak yatim yang bersekolah yang jauh dari asrama pihak Hawa Kinta telah menyewakan mereka sebuah bas sekolah. Dua (2) orang pelajar perempuan Hawa Kinta buat masa ini telah memperolehi Diploma Pengurusan Perniagaan yang mana salah seorang telah meneruskan pengajian dalam Ijazah Pendidikan. Pada 26 Jun, 2010 seorang  lagi anak yatim Hawa Kinta mendaftarkan diri bagi kemasukan ke UiTM Seri Iskandar bagi peringkat Diploma jurusan Bangunan Senibina Perancangan Dan Ukur.

            Hawa Kinta ini adalah pertubuhan persendirian(NGO) tanpa mendapat bantuan tetap. Sumber pendapatan adalah dari ahli Hawa Kinta sendiri dan  sumbangan derma dari orang ramai. Sehubungan dengan itu, Hawa Kinta ini amat berharap dan memohon jasa baik kepada anda semua  sekiranya  dapat menghulurkan sebarang bentuk sumbangan samada dalam bentuk kewangan atau pun barangan bagi membantu pihak Hawa Kinta membiayai kos-kos pengelolaan dan penjagaan anak-anak yatim. Disamping itu dapat lah meringankan sedikit sebanyak kos penyaraan anak-anak yatim. Sebarang sumbangan boleh di buat atas nama Hawa Kinta dan sumbangan dari segi kewangan juga boleh di salurkan melalui akaun Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Hawa Kinta, Perak di Bank Islam Malaysia Berhad Ipoh, No. 08013010061256.
  
Perhatian dan sumbangan dari anda semua dalam perkara ini amatlah kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.



Tuesday 29 March 2011

Hawa Kinta bersama Puspanita Perak =)

PROGRAM ANAK-ANAK YATIM 
BERSAMA PUSPANITA
PENGERUSI MAJLIS MEMULAKAN UCAPAN

PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PIHAK PERTUBUHAN

PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM LELAKI

PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM PEREMPUAN

BERGAMBAR KENANGAN ANAK YATIM BERSAMA PUSPANITA DAN JUGA YANG DITERTUA PERTUBUHAN

Tuesday 22 March 2011

Apakah hak anak-anak yatim, cara terbaik menggauli mereka dan peranan rumah-rumah anak yatim?

Apakah hak anak-anak yatim, cara terbaik menggauli mereka dan peranan rumah-rumah anak yatim?

JAWAPAN:

Pertamanya, elok kita lihat takrifannya. Ulama telah mentakrifkan anak yatim sebagai: “Apabila seorang kanak-kanak kematian bapanya sama ada lelaki atau perempuan yang belum baligh, maka mereka digelar yatim”.

Kebanyakan ulama berpendapat kanak-kanak yang kematian bapa sahaja yang digelar yatim.

Ini kerana keperluan mereka kepada bapa di dalam menyediakan makan minum, tempat tinggal dan sebagainya ini merujuk kepada peranan dan tanggungjawab seorang ayah.

Istilah yatim piatu pula tidak ada dalam kamus Arab melainkan ia terdapat dalam kamus perbualan masyarakat Melayu.

Panggilan serta kelebihan yang diperolehi oleh anak-anak yatim ialah selagi mana mereka belum mencapai umur baligh.

Ibn Ruslan pernah berkata: “Apabila anak yatim itu sampai kepada umur baligh yang diketahui umum (umur pada adatnya baligh) maka tidak boleh lagi digelar dengan nama ‘yatim’”.

Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim.

Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud: Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim ).

Misalan yang disebut dan ditunjukkan oleh baginda itu menggambarkan akrabnya kelak orang yang menjaga dan memelihara anak yatim bersama baginda di dalam syurga.

Memberi perlindungan dalam hadis ini bermaksud: memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, mengajar mereka agama, adab dan akhlak serta mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara.

Kelebihan ini diperoleh sama ada dengan melindungi anak yatim dengan hartanya atau pun dengan harta anak yatim yang ditinggalkan melalui pentadbiran dan pengurusan yang baik.

Dalam sepotong athar daripada Abi Umamah berkata : “Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah baginya pahala atas setiap helai rambut yang disentuhnya.”

Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.”

Allah s.w.t. memberi amaran yang keras ke atas orang-orang yang merosakkan harta anak-anak yatim dengan mencampuradukkan harta mereka dengan harta anak yatim.

Firman Allah yang bermaksud: Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah baligh) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar. (al-Nisa’: 2)

Dalam ayat-ayat yang lain Allah mengecam perbuatan memakan harta anak yatim tanpa hak. Antaranya, firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka sedang memenuhkan perut mereka dengan memakan api neraka dan tempat kembali mereka ialah neraka. (al-Nisa’: 10)

Maksud firman Allah lagi:Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu mengherdiknya. (Dhuha: 9-10)

Maksudnya: Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim… (al-Maun: 1-2)

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah: Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, Maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerosakan dari yang mengadakan perbaikan. Dan jikalau Allah menghendaki, nescaya dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (halal). (al-Israk: 34)

Apabila turun ayat ini sahabat yang di rumahnya ada anak yatim mula mengasingkan makanan mereka daripada makanan yang lebih baik bagi anak-anak yatim. Kadang-kadang makan yang diasingkan itu menjadi basi dan rosak. Maka turunlah ayat 220 surah al-Baqarah itu tadi.

Anak-anak yatim adalah amanah Allah s.w.t., orang yang dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan mereka perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan seadil-adilnya. Mereka telah dijanjikan limpah kurnia di dunia dan balasan syurga dan mendampingi baginda di syurga kelak.

Masyarakat awam juga mempunyai tanggungjawab sosial ke atas mereka dengan menghulurkan bantuan demi meringankan bebanan rumah anak- anak yatim yang kadang-kadang mengharapkan bantuan dari orang ramai.

Masih banyak lagi rumah anak yatim yang serba daif menantikan bantuan dan perhatian orang ramai.

Seperkara yang ingin saya ingatkan agar wujudnya keseimbangan dalam mendidik anak-anak yatim.

Limpahan bantuan yang berlebihan juga boleh menjadikan mereka orang tidak mengerti erti kesusahan.

Biasanya anak-anak yang membesar dengan kemewahan tanpa kawalan dan pengawasan tidak dapat berdikari. Lebih-lebih lagi apabila persoalan pendidikan agama tidak dititikberatkan.

**artikel ini diambil daripada http://rumahanakyatim.com/2008/08/apakah-hak-anak-anak-yatim-cara-terbaik.html