Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Hawa Kinta, Ipoh (Hawa Kinta) mula beroperasi pada 1 Disember 1998 di atas nama yang lain. Hawa Kinta ini bertempat di JKR. No. 158/3, Jalan Taman Pari, Ipoh. Pengasas pada masa itu ialah Allahyarham Hj. Abdul Wahab B. Yeop Ariffin. Pada bulan 5, 2003 Hawa Kinta ini telah berpindah ke alamat No. 79, 80, 89 & 90, Jalan Sungai Pari, 30200 Ipoh, Perak. Iaitu bangunan 4 buah berkembar kuarters kerajaan. Hawa Kinta ini telah diterajui oleh anak Allahyarham Hj. Abdul Wahab B. Yeop Ariffin, iaitu En. Abdul Wahadi B. Hj. Abdul Wahab. Pada 30 Mei 2006 Hawa Kinta ini telah berdaftar di Pendaftar Pertubuhan. No daftar Hawa Kinta ini ialah 0604-06-PRK. Hawa Kinta ini juga adalah ahli gabongan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM).
Pada masa ini anak-anak yatim didalam kelolaan dan jagaan Hawa Kinta ini adalah seramai 18 orang iaitu 9 lelaki dan 9 perempuan Mereka terdiri daripada usia 10 tahun sehingga 24 tahun. Kategori anak-anak yang didalam penjagaan Hawa Kinta buat masa ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim dan keluarga yang tidak berkemampuan. Kemasukan anak-anak yatim ke dalam Hawa Kinta ini tidak di kenakan sebarang bayaran dan ditanggung sepenuhnya oleh Hawa Kinta. Ahli Jawatan Kuasa di dalam Hawa Kinta ini adalah seramai 8 orang dan 5 orang lagi adalah bekerja secara sukarela. Pekerja tetap Hawa Kinta ini pula seramai 4 orang yang di bayar elaun setiap bulan.
Kebanyakan anak-anak yatim ini bersekolah di sekolah rendah dan menengah yang berdekatan dengan asrama. Cara anak-anak yatim pergi sekolah adalah dengan berjalan kaki bagi sekolah yang berdekatan, manakala pula bagi anak-anak yatim yang bersekolah yang jauh dari asrama pihak Hawa Kinta telah menyewakan mereka sebuah bas sekolah. Dua (2) orang pelajar perempuan Hawa Kinta buat masa ini telah memperolehi Diploma Pengurusan Perniagaan yang mana salah seorang telah meneruskan pengajian dalam Ijazah Pendidikan. Pada 26 Jun, 2010 seorang lagi anak yatim Hawa Kinta mendaftarkan diri bagi kemasukan ke UiTM Seri Iskandar bagi peringkat Diploma jurusan Bangunan Senibina Perancangan Dan Ukur.
Hawa Kinta ini adalah pertubuhan persendirian(NGO) tanpa mendapat bantuan tetap. Sumber pendapatan adalah dari ahli Hawa Kinta sendiri dan sumbangan derma dari orang ramai. Sehubungan dengan itu, Hawa Kinta ini amat berharap dan memohon jasa baik kepada anda semua sekiranya dapat menghulurkan sebarang bentuk sumbangan samada dalam bentuk kewangan atau pun barangan bagi membantu pihak Hawa Kinta membiayai kos-kos pengelolaan dan penjagaan anak-anak yatim. Disamping itu dapat lah meringankan sedikit sebanyak kos penyaraan anak-anak yatim. Sebarang sumbangan boleh di buat atas nama Hawa Kinta dan sumbangan dari segi kewangan juga boleh di salurkan melalui akaun Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Hawa Kinta, Perak di Bank Islam Malaysia Berhad Ipoh, No. 08013010061256.
Perhatian dan sumbangan dari anda semua dalam perkara ini amatlah kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
No comments:
Post a Comment